2009年8月19日星期三

Kisah Benar Kampung Buah Pala Pulau Pinang



Kami adalah warisan pekerja estet mendiang Helen Brown dan telah menduduki Kampung ini sejak lebih kurang 200 tahun. Tanah Estet ini telah diserahkan kepada Kerajaan untuk tujuan perumahan Kami dan dipegang di bawah Geran Hakmilik Lotb698 Crown Trust sehingga 27/3/2008.
Kami sedar bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah YB Lim Guan Eng telah menipu Kami selama ini apabila Kerajaan YB Lim Guan Eng telah menerima RM2.24 juta daripada Pihak Pemaju pada 14/3/2008 dan mengeluarkan Geran Hakmilik No. H.S.(D) 15868 PT Daerah Timur Laut Negeri Pulau Pinang kepada Pemaju pada 27/3/2008 untuk tanah seluas 6.5 ekar yang bernilai RM150 juta dalam jangkamasa 19 Hari selepas membentuk Kerajaan Pulau Pinang pada 8/3/2008 tanpa sebarang siasatan ataupun bantahan berkenaan “Land Scam” walaupun YB-YB DAP telah berjanji untuk selamatkan Kampung Buah Pala daripada “Land Scam” semasa pilihanraya 2008.
Kami dinasihatkan bahawa berdasarkan S.81(2) Kanun Tanah Negara 1965, sebarang kelulusan terakhir YB Koh Tsu Koon pada 25/5/2007 seharusnya terbatal dan ditarikbalik secara otomatis memandangkan Pihak Pemaju tidak membayar Premium sepenuhnya kepada Kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh masa terhad yang lazimnya iaitu hanya 3 bulan dari tarikh notis kelulusan.
Sehingga hari ini Kerajaan Pimpinan YB Lim Guan Eng hanya menerbitkan Dokumen-Dokumen dan minit-minit EXCO Kerajaan Pulau Pinang (Barisan Nasional) sahaja. Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan YB Lim Guan Eng enggan menerbitkan minit-minit EXCO PAKATAN sehingga pengeluaran Hakmilik pada 27/3/2008.
Disebabkan pengeluaran Hakmilik pada 27/3/2008 oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Mahkamah telah menyatakan bahawa kami tidak mempunyai Hak Menuntut( No Locus Standii) dan tuntutan kami ditolak tanpa sebarang pendengaran penuh (Summary Judgement). Permohonan Kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Rayuan telah ditolak atas dasar sama.
Kami merayu agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YB-YB Pakatan mengotakan janji-janji Pilihanraya mereka untuk selamatkan Kampung Kami dan Kampung-kampung Lain di Pulau Pinang dari Land Scam seperti yang dijanjikan.

AKAN DIROBOHKAN PADA 1-9-2009!!!